Hujung Disember tahun lepas saya telah membatalkan polisi insuran Takaful Ikhlas yang saya mula ambil 10 tahun lepas. Jadi kat sini saya nak cerita apa dokumen yang diperlukan. Saya buat pembatalan ni di branch Kuala Terengganu. Guna google untuk cari pejabat Takaful Ikhlas kat mana. Tapi google bagi alamat salah. Call the office dan staf yang jawab tu bagi direction. Tak jauhpun dari alamat yang google bagi. Kawasan tu ada banyak pejabat insuran tapi saya dah lupa exact location kat mana. Area Tanjung, Kuala Terengganu.
Dokumen yang diperlukan:
1. Buku polisi (kena serah balik kepada Takaful Ikhlas)
2. Kad Pengenalan dan salinan kad pengenalan (tak perlu pengesahan)
3. Buku bank dan salinan buku bank mukasurat yang ada nama dan nombor akaun (tak perlu pengesahan)
Proses senang je. Isi borang dan sign. Disebabkan saya buat pembayaran insuran bulanan melalui potongan angkasa, biasanya perlu 3 bulan sebelum potongan dari gaji dihentikan. Jangan risau, duit tu kita akan dapat balik. Selepas potongan dari gaji dihentikan, kena pergi semula ke pejabat Takaful Ikhlas untuk claim duit kita yang dia potong selepas kita tamatkan polisi. Kalau lepas 3 bulan potongan angkasa masih dibuat, cepat-cepat maklum kepada mereka. Kalau kita ada ambik insuran yang ada saving, duit tu kita akan dapat kurang dari 3 bulan (dah lupa dalam masa brape hari).
Apa yang perlu dilakukan kalau buku polisi hilang? Okay, ini apa yang saya dengar dari pelanggan sebelum saya. Kena beli setem hasil (1 ringgit atau berapa ringgit ye? Sorry, lupa.) Sebaiknya call branch yang anda ingin berurusan. Pegawai yang saya berurusan tu nice je. Tak tanyapun kenapa cancel polisi.
UPDATE: Duit (saving) dah masuk pada 4 February lepas. Saya ingatkan dapat dalam 8ribu je. Rupa2nya dapat 15ribu lebih. Alhamdulillah. . . Nak naik rumah baru nanti banyak nak guna duit ni...
UPDATE: Bulan Mac dah stop potongan gaji. Jadi gi pejabat takaful ikhlas. Staf yang incharge takde. Staf baik hati bagi print akaun bank dan fotostat ic kat sana. dan isi borang. tunggula pula duit masuk.