cak!!
muka tak bersedia ;P

hari ni persatuan postgrad malaysia buat sesi bergambar utk dihantar ke ruangan salam perantauan dan potluck skali. saya bawa keropok. kebetulan ada banyak bungkus lagi.
masa nak bergambar, makanan takde org jaga jadi gagak2 dh gi rasmi dulu.
bila jumpa ramai2 cm ni, biasala org tu dukung akif org ni dukung.... dan akif pun buat tanda air liur kt bahu org2 yg dukung dia. hikhik. mujur air liur aje, bukan muntah susu.
masa bergambar akif dh ngantuk merengek2 nk tido. seb baik merengek2 je, tak melalak.
bila sesi pertama selesai, akif dh tido dah. time org makan dia nyenyak tido. tp tak lama, habis aje makan, dia jaga balik.
baby room dan toilet plak dikunci. utk elak vandalism kot. jadi feeding kt situ aje. cover sentiasa dibawa ke mana2...
sampai umah, akif dh tertido. bangun jap utk menyusu. tak lama pastu tido balik. bawa dia gi shopping petang tu pun tido aje. hari ni hari akif tido kot.
dah dua malam akif susah nak tido. budak ni memang jenis susah nak tido. penat menangis dan mengerang baru tido. tp semalam dan mlm ni teruk sket. org ckp nak beralih bulan budak memang buat perangai sket. tak tahula... akif masuk tiga bulan minggu depan.
kepala akif sekarang ni dh senget sebelah sebabnyer he is favoring on leftside bila tido. sekarang terpaksa sendal ngan bantal supaya dia pusing ke kanan. tp letak bantal pun disondol2 jugak.
saya baru perasan muka dia dh tak merah lagi dah bila tak puas hati (time nangis lain cerita la kan) . sblum ni, muka dia cepat merah kalau ada yg tak kena. adakah dia dh dapat manage anger dengan lebih baik? hohoho... tp sekarang memang jauh lebih baik berbanding awal2 dulu. dh kurang episod mengamuk.
cuma dua hari lepas, dia macam cuak giler bila mandikan dia dan melalak sampai tak kuar suara. mungkin cara pegang dia masa tu buat dia gayat.
sekarang ni akif sangat suka perhatikan tangan dia. dan terbaru dia start hisap tangan.
eh, mana gambar ramai2 utk hntr ke salam perantauan? tunggu fotografer upload... ^^

No comments:
Post a Comment