Saturday, January 8, 2011

hampir terkandas

semalam hari terakhir di terengganu.
hujan plak tak benti2...
sampai kt tembila, air dh melimpah ke jln raya.
seb baik berjaya meredah air banjir.
risau jugak sebab kete tu lowered dan auto.
cuba kalau kereta mati tak situ tak ke naya.

balik ke rumah mak mertua dulu. malam ni baru nak blk bachok tp dengar cerita jln biasa yg saya lalu tu ada 4 tempat dinaiki air. kakak saya cerita masa dia lalu dah ada kereta mati. seb baik kereta dia tak mati. jadi malam ni nak blk umah kena amik jalan jauh sket.
pagi esok hubby nak blk ke tganu tak tahulah sampai ke tak. kalau air tak surut mungkin kena patah balik.

isnin lepas gi umt lagi. jumpa ngan rakan2 satu jabatan. itupun beberapa org aje. adeh, penat mengusung akif naik turun tangga. kat satu tempat tu, baru lepas daki anak tangga, adalah beberapa orang student yg mcm nak main2 ngan akif, siap hulur tangan lagi tp saya tak berhenti. and now i feel bad. minta mahap la ye. masa tu nak cepat2 sampai ke destinasi, penat!

dan hari yg sama jumpa ngan sabiqah, abby dan k syara.


lunch kat nasi ayam yunan


suka gambar ni



1 comment: