Wednesday, October 19, 2011

uwek uwek

janji nak upload gambar tak upload pun lagi. minta maaf le kalau ada yg menunggu... hari ni sangat malas. tp kena jugak buat keje. dh nak termuntah dh ni menaip. tak tahula bidang lain macam mana tp math ni, nak taip equation yg panjangnyer satu inci kena taip coding hampir satu meter. haha tipu aje. tapi ada sampai tujuh inci. penaaat.... tp gembira bila nampak hasilnyer....

sekarang masih lagi spring tp ahad lepas tetiba suhu cecah 34C... hui... kepanasan.... pastu turun balik. tahun lepas lari balik malaysia masa summer tahun ni plan taknak balik. harapnyer summer kali ni tak teruk. mmm... tp kt sini kalau tak cecah 40C tak sah.

cerita pasal akif plak. sangat suka main penyapu. bila ibu menyapu diapun sibuklah sama. kadang tu lari dengan penyapu takut ibu amik.

patah perkataan yg dia bleh ckp pun tak byk. tp org cakap kalau dia bleh dengar, maknanya dia bleh cakap la... cuma mungkin lambat sket. kadang tu ada mcm dia sebut bu bu tp tak tahula sebut ibu ke apa. lately macam dia suka nyanyi abc. perasan tu pun sebab nada macam lagu abc. semalam sebijik dia sebut O P.hahaha... tak tahula apa dia nak sebut sebenarnyer. beberapa minggu lepas dia sebut "ciku cak" (peek-a-boo)tp lepas tu dh tak de dah.
ada baca kt internet pasal pergerakan (motor) budak2 lagi cepat matang berbanding pertuturan jadi utk memudahkan komunikasi bagus juga ajar sign (bahasa isyarat). sebabnyer kesukaran utk berkomunikasi/bgtau apa dia nak, boleh menyebabkan budak tu marah dan mengamuk. tp saya tak buatpun. kononnyer nak try tp asyik lupa....
anak sedara saya dulu teruk jugak telor. pastu bila org tak faham bila dia sebut berkali2, mengamuk ler...

walaupun akif sangat suka dengan pen/pensil/crayon, tapi saya malas dh nak bagi dia. sebabnyer nnti dia laju aje ke dinding. ini gara2 washable crayon. walaupun senang sebab lap aje tp kalau dah selalu sangat semua benda dia conteng penat jugak nak mengelap. tv dan handset pun jadi mangsa. dua hari lepas dia ketuk cermin handset dengan bateri AA. nak pengsan. seb baik takde paper...

3 comments:

  1. igtkan uwek apelah tadi..hehe ;p

    ReplyDelete
  2. suspen jer tajuk.. ingatkan akif nak dpt adik lagi :)
    rupanya pasal math equation... hahaha, tipah tertipu :p, panjang tu kalau sampai 7 inci, lg pjg dari pembaris pendek.

    danish pun x byk lagi bleh ckp, air jer yg dia boleh sebut dgn sgt jelas... lain2 main bahasa isyarat jer :)

    ReplyDelete
  3. hahaha... saje buat suspen.

    k baini, biasanya yg panjang tu sebab fraction pastu dedua atas bawah ada plak kuasa fraction. itu yg jadi panjang.

    ReplyDelete