Monday, May 19, 2014

neb

hujung minggu lepas, semasa beli barang rumah kt giant, ada beli susu dutch lady kotak besar 1 litter sebanyak 3 kotak. kebetulan tgh promosi. kotak yang dh buka saya letak dalam peti ais, yg belum buka letak luar je. saya beli 2 perisa coklat dan 1 perisa strawberi. ibu suka coklat, akif suka strawberi. saya buka coklat dulu. beberapa jam lepas balik umah, tengok2 akif dh buka sendiri perisa strawberi tapi dia tak letak dalam peti. jadi saya letak perisa strawberi tu dalam peti. malam tadi yg dh buka habis jadi ambil lagi satu kotak yg blum buka. rupa2nya dh ada org buka. dh masam dah. saya positif sebelum ni memang sealed sebab saya dh check. geram je... tp akif dh tido dan dh malam pun. sabor je la....

sekarang musim selsema dan batuk. start hari jumaat hari tu kena selsema. hari sabtu dh start geli2 tekak nak batuk. siap batuk dan termuntah masa solat lagi. malam tadi tiba2 rasa susah nak bernafas dan ada bunyi. lelah ke? sebelum ni akif yang kena. kali ni ibu pulak. tak pernah2 lelah. nak gi klinik dh pukul 11mlm. pasang vaporizer, sedut wap rasa lega sket tp lepas tu tetap susah nak bernafas. bila baring je, makin teruk. tidur sambil duduk.  terjaga pukul 3 pagi. lepas subuh baru tido balik. lepas hantar akif ke tadika, gi klinik. doktor cakap sebab pregnant tak bleh bagi ubat minum, guna nebulizer je bleh. saya pun tak pasti apa beza dgn ubat minum. akif biasanya doktor bagi ubat minum. selepas habis sedut ubat tu, legalah sket. masih tak selesa dalam dada. tp bunyi dh takde. doktor cakap lelah dh takde, tinggal kahak je.

ada hikmah juga kena lelah ni. sebelum ni tengok akif je. sekarang baru tahu apa rasa dia. kenapa akif suka tidur atas dukung bila lelah.

dua tiga menjak ni memang suka minum air batu. ha, sekarang kena pantang. bila dh kena ni, ada kemungkinan kena lagi. jadi kena jaga-jaga. lepas bersalin nnti pun, mungkin hilang mungkin akan datang balik.

masih belum dapat surat senat. menunggu meeting peringkat faculty graduate studies. ntah bila la tu...

No comments:

Post a Comment