malam ni tiba2 akif cakap nak (tgk cerita) oso. penat ibu fikir. apa benda la pulak oso ni. tak pernah dengar pun sebelum ni. bila tanya frozen ke? (dlm frozen ada watak nama elsa) tp bukan. tanya oso colour apa, dia ckp yellow. tanya lagi oso ni animal ke org. dia jawab animal. tanya macam mana spell oso. dia ckp tp tak bunyi mcm oso pun. tak lama lepas tu dia distracted, main benda lain.
puas main kereta dan blocks, akif minta oso lagi. kali ni bila tanya macam mana spell oso, dia cakap O.S. O. ibu tak brape percaya. pastu dia minta handset (charger mini ipad dia dh rosak, blum beli baru). dia dh pandai buka youtube dan taip sendiri. pastu tunjuk kat ibu, 'ni, oso'. laaa... rupanya memang ada kartun nama oso. special agent oso, beruang kaler kuning.
No comments:
Post a Comment