Blog ni dimulakan semasa dalam proses mencari tempat untuk sambung phd. The first few entries tulis in english sebab masa tu nak ambik ielts. First time ambik ielts tak lepas sebab speaking dapat 5.5 je. tak lepas syarat curtin. tahun sebelum tu boleh je. nasibla kan time saya dia ubah syarat. tak prepare sebenarnya bahagian speaking sebelum ambik tu. tapi masih bangga dengan diri sendiri sebab overall dapat 7 dan reading dapat 9. bangga sebab masa sekolah rendah selalu je fail english. ingatkan upsr pun fail english. nasib baik lulus.
Bila speaking ielts dapat rendah dari requirement curtin, terpaksalah ambik lagi sekali. ha, kali ni well prepared. google cari topik2 soalan yang ditanya untuk bahagian speaking. dan buat text atau point apa benda nak cerita. tips ni bagus kepada yang nak ambik ielts/muet dan sebagainya. kenapa kena prepare points? masa dalam test kita tak dela nak tergagap2 nak cakap apa. terus boleh cakap sebab point dah ada. tips lagi satu; jangan berhenti cakap selagi pemeriksa tak suruh berhenti. cakap je... alhamdulillah, kali kedua lepas. speaking dapat 6.5.
tapi disebabkan concentrate pada speaking je masa ambik kali kedua, tak buat latihan writing, bahagian writing dapat 6 je. seb baik lepas syarat. dah gabra dah masa jawab sebab dah lupa tips dan tak praktis.
Alhamdulillah. Pada 6 Jun 2014, dapat surat senat dari curtin. dah 2 tahun lebih dah. Patutnya attend graduation ceremony pada September 2014 tapi baru lepas bersalin rifqi maka attend graduation pada February 2015.
masa start phd, keyakinan untuk berjaya complete phd hanya 50-50. buat phd tak macam buat degree. cubaan dan dugaannya tak sama.
Since blog ni dimulakan dengan proses nak sambung phd, rasanya perlu tepek kat sini gambar masa grad. heehee
Dah dapat PhD pun, rajin rajin la tulis blog... please please!!!
ReplyDeleteselepas 2 tahun baru check. rupanya ada waiting comments to be approved. takde masalah nak tulis.
ReplyDelete