Wednesday, January 9, 2013

photo update: busselton - margaret river - cape leeuwin

singgah sekejap di bunburry, bandar kedua terbesar di western australia selepas perth

main masak2

bangunan biru putih tu adalah busselton jetty.



budak takut air.

ajak balik sempat lagi benti sambung main. padahal muka dah penat.
jalan menuju ke cape leeuwin. bangunan tinggi warna putih tu adalah cape leeuwin light house. 


heheh, tempat parking pun nak amik gambar



dah lama teringin nak dtg sini lagi. akhirnyer tercapai hasrat. dulu datang akif dlm perut. angin kuat sangat sampai rambut akif semua ke atas.








masa datang dulu tak singgah sini.
 


dah lupa nama tempat ni. tak jauh dari cape leeuwin. cantik tempat ni. kami berhenti lunch.


dalam gua jewel cave

bentuk mcm air terjun

semua gambar akif dan papa aje dlm gua. jalan sempit, bertangga dan curam. jadi budak2 kena dukung. 



ingat tak belajar geografi dulu stalagtait stalagmait

dalam gua ni dipasang lampu berwarna jadi rupanya lawalah. masa ni baru terfikir nak off flash camera. gambar2 kt atas on flash jadi kurang berwarna



yg halus2 ni dipanggil straw


Add caption

busselton observotary. takde mende pun. tak pergi pun takpe. kami terpaksa cancel pegi kilang olive sebab nak datang sini. huhu...

of course la lembu replica je. mula2 nampak ingatkan lembu btul. rupa2nya tipu. hehe... kt sini mana nak nampak lembu lepas macam ni... replica ni ada beberapa di margaret river.

hehe.. replica blehla naik. kalau btul punyer penyek anak lembu...



nampak replica lembu berkeliaran macam ni, terus teringat malaysia. kalau kt kampung, kt tengah jalanpun lembu bleh tidur. especially tgh malam.

happy dpt eskrim
*heheh. for the first time perasan ada function caption bila klik kt gambar. barulah lawa sket caption.

Tuesday, January 8, 2013

ratu lilin

baru aje kulit muka macam nak ok lepas balik bercuti di selatan, last weekend lama terdedah dgn angin masa gi crabbing agaknyer dan sedikit berjemur masa picnic kt park, teruk balik. mungkin juga sepanjang minggu lepas, disebabkan tak bawa lotion kt uni, lepas solat zuhur memang tak sapu. nak gi jumpa doktor pun macam malas sebab banyak keje.

nampak gaya kena jadi ratu liin jap. takleh dok luar rumah lama2.

Monday, January 7, 2013

kamus akif

door door door eyen close eyen close = door on the bus goes open and close, open and close.
(lagu wheels on the bus)

Hadiah birthday




model periuk sibuk tgh main ngan semut.

adakah beli periuk mahal maka makin sedap masak?  makin rajin masak?

Sunday, January 6, 2013

crabbing

jumaat lepas kami pegi crabbing. sebenarnyer ikut org crabbing. saya jaga akif je. kiranya kali ketiga ikut org crabbing sepanjang 3 tahun di perth ni. dulu gi tempat crabbing guna sauk. gi pagi sampai tghr. kali ni gi malam, lepas maghrib sampai pukul 1 pagi. kali ni guna net kt jeti. kalau guna sauk tu, nampak ketam, sauk dgn penyauk. kalau guna net ni, ikat umpan (ayam atau ikan) kt net, baling/turunkan net tu ke dalam air. dlm 5-10 minit angkat. kira luck juga la. kalau time angkat tu ketam ada, dapatla. kalau ketam tu makan umpan dgn kenyangnyer dan dah blah baru kita nak angkat, takdela ketamnyer. setakat ni tak de jumpa yg mcm sangkar yg bleh trap ketam.

disebabkan kami crabbing kt jeti, kena jaga akif dengan penuh waspada. baru je beberapa minggu lepas ada budak umur 2 tahun lemas jatuh ke dalam laut kt jeti malam hari. agaknyer parents dia gi crabbing/fishing la tu. mungkin sebab dah beberapa hari tak ke mana kecuali hntr ibu gi uni, maka akif sangat seronok malam tu. mulut dia tak berenti bercakap dan menyanyi.

dari pemerhatian saya, crabbing cara net di malam hari lebih senang dari guna sauk di siang hari. sebabnyer tak panas dan rileks je. cuma kena sediakan net byk2. satu net dlm 12 dolar kot. kami guna 2 net je. dpt 4 ekor. first time angkat, wah~ gumbira nampak ketam besar tp ada telur jadi kena lepas balik. lama juga nak dapat. tp bila dapat, 2 ekor terus. hohoho. pastu yg lain semua kecik2 tak cukup saiz jd kena lepas. member kami siap dapat ikan  yg muncung tajam yg mcm tondak tu...

bermula semalam, akif nak minum fresh milk dalam botol susu. teringat susu ibu agaknyer jd guna botol pun jadilah. kebetulan ada satu botol susu dlm almari. yg lain semua dah bw balik msia. bila dia nampak botol tu, terus nak minum fresh milk dlm botol. biasanya dlm cawan aje.

Thursday, January 3, 2013

weaning

semalam start weaning secara serius utk kali kedua. first serious attempt failed sebab makanan tertinggal, takut akif lapar kt hotel.
kali ni dua hari sebelum start dah bgtau dia, tp tak tahula budak kecik tu faham ke tak.

pagi semalam seperti biasa, bila jaga dari tidur cari susu. bila tak dapat, nangis kejap. masa saya balik petang semalam dia cari jugak tp distract dia dgn benda lain. sebelah malam- dia dah lama ngadap youtube jadi saya amik simpan laptop, paksa dia tidur pukul 10.30mlm. saya terlelap dulu, bila terjaga, dia tgh bf. malangnyer bila paksa tidur time dia blum ngantuk, dia bangun pukul 2.30pg. kejap2 ajak gi dapur cari yoghurt, kajap2 ajak gi dapur cari air plak, dan juga cari susu. biasanya nak tidurkan dia, saya bf. bila tak bf, lambatlah dia nak tidur balik. pukul 6pg kot baru tidur. ibu jaga pukul 8pg pening2. pagi tadi bila dia nak bf, saya tak bagi, dia dh tak marah. tp pandai je bila nampak saya ngantuk, dia cari sendiri.

Wednesday, January 2, 2013

heatwave dan spek

been dragging myself nak rewrite/edit chapter 2,3,4. maka bila something came up memerlukan buat benda lain dulu, hehe, tangguhla rewrite tu. buat benda yg penting dulu.

kepada rakan2 matematik yg nak menulis, eloklah baca/cari buku pasal penulisan matematik. bila ada ilmu nak menulis ni, confidentlah sikit nak menulis.

hari isnin lepas terbaca news article pasal pecah record panas 7 hari berderet. 7 hari berderet tu max lebih 37C. seb baik baca masa last day. esoknyer, selasa, suhu dh turun dan windy. kira oklah. cuba kalau baca masa hari first (start christmas, time pegi berjalan ke selatan), mesti menghitung saat bila nak lepas heatwave. bayangkan pukul 7 pg dah berbahang.

nak bercerita pasal spek pula. tahun lepas, akif patahkan 3 spek ibu dan 1 spek papa. jadi saya beli frame yg flexible. dekat seribu ringgit jugak habis (kanta transition). pada hari jumaat beberapa minggu lepas, papa akif call (masa tu dia gi solat jumaat) bgtau spek dia patah. masa solat dia letak spek kt depan. tiba2 org depan dia pengsan dan jatuh atas spek tu. pak arab tahulah saiz macam mana kan. saya tergelak bila dengar. tak lama lepas tu (same day or the day after, dah lupa) , saya tgh mengadap laptop. tiba2 akif pukul spek yg tgh saya pakai dgn toy dia. ingatkan kanta tertanggal dari frame aje. rupa2 nyer kanta tu patah dua. huhu... itulah, gelakkan org sangat. nasib baik ada member nak dtg jadi kirim dgn dia.

jadi setakat ni record akif patahkan spek ialah 5.