Saturday, September 21, 2013

cacing

kt oz rasanya takde bagi ubat cacing. kalau ada pun kena gi bli sendiri kt pharmacy. mungkin pasir kt playground kt sana tak sama mcm pasir kt sini. pasir kt sini dengan mcm2 binatangnyer...

beberapa minggu lepas akif cirit birit hampir seminggu. tokma ckp mungkin cacing. jadi gi klinik. Doktor bg ubat cacing yg mcm vitamin tu. perisa oren. seperti biasa, akif akan hidu dulu. mungkin ada bau pelik sket, jadi dia taknak. jadi simpan balik ubat tu, tunggu dia nak air, hancurkan masuk dlm air.

bila dia ckp nak susu, saya tumbuk ubat tu bagi hancur, masuk dlm susu dia. tp masa tengah prepare benda tu, dia dh minum milo sepupu dia habis segelas. bila bagi susu, tak nak. jadi simpan dlm peti.  ubat cacing tu pulak tak larut dlm air. terapung. campur dengan milo sket nak cover serbuk2 ubat yg terapung tu.

esoknyer, bila dia minta susu, bagi susu yg dh campur ubat tu. masa bagi, guna straw dan cover dengan tangan takut dia nampak benda2 terapung dlm susu tu. risau juga kot rasa pelik sebab dh campur milo lagi. nasib baik dia minum tp ada la sisa ubat tu sket2. kira dia makan ubat cacing tu tak cukup dos. lepas dia makan ubat tu, benti cirit birit.

tp semalam start balik. tak tahula sebab apa.

Friday, September 13, 2013

kisah budak cerewet

akif bukan setakat makan je cerewet. benda lain pun sama. kalau selipar dia basah pun dia ckp yek (yikes) dan taknak pakai.
kalau kt umah tokma tu selalu pakai selipar dalam rumah. selipar biasanya kt dapur. saya jarang pakai. kadang dia beria bagi selipar kt saya suruh pakai. satu hari kt dapur, dia datang kt saya. pastu bising2 'yek! yek!'. rupanya kt lantai ada air. biasala lantai dekat sink basahla sket. nak tahu apa dia buat? kebetulan papa akif ada sebelah saya, satu kaki akif pijak atas kaki saya dan satu kaki lagi dia pijak atas kaki papa. gara2 geli lantai basah. sakit perut gelak.

Wednesday, September 11, 2013

pony

satu hari tiba-tiba akif cakap nak pony.
terkezut ibu. nape tiba-tiba nak pony ni. pony mainan ke nak pony betul ni...

selepas beberapa hari baru ibu faham. nak berney rupanya. nak tgk barney kt tv (download dari youtube).

Sunday, September 8, 2013

less than a month

thesis nak kena check lagi skali dan proof read.
dan masa ni lah baru nak edit utk paper conference.  format dlm word je. ok ow... satu keje nak kena edit. equation  yg tak tahan tu... leceh.

plan asal nak pindah sebahagian barang mcm tilam dan mesin basuh ke tganu khamis lepas sambil survey taska. tp adik ipar masuk wad nak bersalin. cancel plan ke tganu. sepupu akif dah bertambah dua orang.

darah istihadah tiba2 je kering beberapa minggu lepas 3 bulan tak stabil. tak tahula sebab asbab nyer. mungkin dah kurang stress phd. mungkin juga sebab amalkan makan madu.

dah kurang motivasi nak kurangkan berat badan. hampir tiap pagi sarapan dengan nasi berlauk. huhuhu... kena pulak musim durian. awal2 tu beli. lepas tu durian kt kebun tokbah dah start masak. beberapa hari lepas bawa balik dekat 100 biji. tp akif takdenyer nak makan durian. belum apa2 dh yek siap tutup mulut. takut org paksa makan.

Tuesday, August 27, 2013

wok wok

  • wok wok= bunyi mesin basuh. kalau mesin basuh tengah on, akif tak berani masuk dapur (mesin basuh kt dapur).

  • minggu lepas, tengok2, akif pegang botol vitamin yg dh kosong. patutnya ada 5-6 biji lagi. tanya dia mana vitamins dalam tu. dia tunjuk kt dada, "down". seb baik 5-6 biji je. sehari patut makan 2 biji
  • slippers dan jadi slipa.
  • akif dah pandai naik motosikal. dulu tak berani. masalahnyer bila nampak je org nak naik motosikal, dia pun nak ikut jugak.
  • ibu bawa akif gi bli basikal. tapi dia taknak basikal betul. nak basikal roda tiga utk budak2 kecik. penat pujuk, taknak jugak. cadangnyer nak beli yg murah je sebab rasanya tak tahan lama tp yg murah tu dh berhabuk. mana la budak ni nak. belila jugak yg dia nak tu. mula tu terfikir juga, abaikan apa yg dia nak, beli je apa yg saya plan nak beli. tp kadang kita kena respect pilihan anak. lagipun benda tu 55 ringgit je. masih mampu nak beli.
  • rumah sewa dh dapat. sekarang kena cari tempat utk hantar akif. bila dengar/baca kes2 kt pusat penjagaan ni, rasa mcm nak benti keje plak. akif ni plak jenis fussy eater. dua tiga hari ni tak makan nasi. harap dengan susu je. hari ni makan roti tak sampai sekeping. garang plak tu. cakap pun tak brape reti lagi... fortunately dia suka berkawan. nak kena google cara pilih taska ni. 

Saturday, August 10, 2013

kerja

baru ingat nak raya seminggu. raya kedua sv dh email. rupanya yg dia check ari tu baru sikit2. lepas betulkan dia akan check lagi.

beria nak buat kuih raya tapi baru kemas rumah sket, main ngan habuk, hidung berair dan sakit, mata gatal. masuk hari kedua baru gi cari ubat allergic. baru lega sket. nak makan kuih raya pun kurang berselera. kek secret recipe pun tak rasa sedap. berat dh byk kurang. sebelum puasa hari tu cecah 57. dh kembali ke 52kg tp dua hari raya makan tak benti maka naik ke 54 balik. huhu... atau penimbang rosak?

bawa akif jumpa dr utk refer ke speech theraphy tp dr tu suh dtg balik lagi dua bulan. dari reaksi dua org dr setakat yg dh jumpa ni mcm derang tak risaupun. sebab bukan masalah autism atau cacat pendengaran.

akif dh jadi anak maklong. kalau sepupu dia nak balik umah, akif selalu ikut sekali. sekali tu nangis2 nak maklong dia dukung sebab takut kena tinggal. ibu nk amik taknak. kalau kt umah mak mertua plak, adik ipar selalu bawa gi jln2 makanya selalu la nak gi dgn mak sedara dia tu. bagus juga. bleh ibu buat keje.

tahun ni tak sempat nak amik gambar raya family.

Friday, August 2, 2013

dh dekat 2 minggu lupa nak check official email curtin. ada reminder utk annual report. btul2 dh lupa. seb baik lambat lagi due.

sv dh email thesis yg disemak. laju la plak dia check. ingat lepas raya baru bagi. tak tahula dia ni check betul2 ke tak. mmm... tak seronok la nak raya bila dok teringat2 kerja yg tak siap.

tahun ni beraya dgn jubah.