Sunday, July 6, 2014

demam


since balik dari perth, akif selalu sakit2. setiap bulan ibu kena ambil cuti. mungkin dia nak catch up dengan segala virus yang ada kat sini. hohoho... dh sebulan lebih dh kot dia tak demam. semalam, dia tidur tghr. bila bangun, badan dia panas dan mengadu sakit perut. pujuk dia makan sebab dia minum susu dan makan biskut je pagi tu. taknak. bagi lollipop pun pegang je.

gi klinik. doktor bagi ubat demam, ubat sakit perut, ubat kembung. tiga-tiga dlm bentuk syrap. lollipop pun taknak makan. inikan pula ubat. jadi singgah kedai. suruh dia pilih apa dia nak. dia ambil vitagen dan potato chips. kt umah paksa makan ubat tp dia keluarkan balik. nak cari alternatif lainpun dh mlm. ibupun dh flat. tak sahur.  bila akif mengadu sakit perut, takboleh jalan, kenalah dukung dia masa kt kedai.

mlm tu badan dia makin panas. nak bagi ubat yg sumbat kot punggung tp ubat tu dh lembik. rupanya kena simpan dlm peti ais. contact k niza. seb baik dia ada. dh tengah malam dia dtg hntr. sejam lepas tu suhu dia start turun. hampir terlepas sahur. sempat minum ESP(energized soy protein ) dan kurma. minum air masak sebanyak yg mungkin. 

semalam juga, dapat msg dari ma. husband kepada sepupu saya meninggal mengejut. sepupu saya tu baru je bersalin anak ketiga. sepupu saya tu tua dua tahun dari saya. husband dia pun lebih kurang tu lah agaknya. semoga sepupu saya tu tabah.

pergerakan baby dalam perut ni makin kuat. masa check up bulan lepas, kedudukan breech. masa gi scan sebelum puasa pun breech jugak. esok ada check up. adakah masih breech? sekarang ni ruang masih banyak. masih boleh berpusing2. 



Friday, July 4, 2014

dh pandai bg alasan

bila ibu ckp kt akif jgn gigit (org), dia bg alasan takde roti, takde polipop (lollipop).

bila ibu ckp jgn jilat (agaknya gara2 tgk kartun paw patrol, dlm tu ada byk watak anjing ), dia bg alasan takde aiskrim.

bila dia minta 100 (gula2 Lot 100), ibu ckp nnti sakit gigi. dia balas balik brush teeth.




7 bulan

dah pun 7 bulan. 30 minggu lebih. bila time braxton hicks yang kuat, terasa sakit bghn bawah perut. mungkin sebab parut ceaser. kalau baby bergerak2 masa tu pun tak selesa. tambah lagi rasa tak puas bernafas. kadang tu perut tak rasa mengeras lagi tp nafas dh semput. kalau duduk lama2 atau baring lama2, sakit urat paha bila nak bangun.

disebabkan sebelum ni ceaser, tak pernah la merasa jahit sebab espisiotomi. tiba2 ngeri fikir benda ni. bila google, ada cerita pasal massage untuk elak episiotomi, start minggu 34/35. kegel exercise pun bagus untuk elak episiotomi.

ada juga survey hospital private kt kb. tp buat masa ni rasanya husm je kot. husm pun ada juga yg private tp semua pakar lelaki jadi amik yang biasa je la.






Monday, June 30, 2014

misunderstood

Sangatlah impressed bila order dokumen dari curtin, 2 hari dh sampai. rupa-rupanya itu bukan dokumen yang saya order. curtin memang akan hantar transcript. cuma award (kertas sekeping yang cakap nama sekian2 telah dianugerahkan sekian2. yg ni kan? ) yang akan diberi semasa graduation ceremony.

dokumen yg saya order tu sampai seminggu lepas order.


Thursday, June 19, 2014

surat senat?

kat curtin uni, (tak tahula sama ada seluruh uni dlm aussie pun sama), pihak yang confer the phd award ialah university council. kalau kt malaysia ni guna istilah senat. mengikut email yang saya terima, dlm email, cuma bgtahu university council dh confer the award. tp tak bgtahu tarikh bila dan takde surat rasmi.

dlm email yg sama juga dimaklumkan yang saya cuma boleh pilih satu; ambil sendiri, minta dipos atau attend graduation ceremony. susahla bila diberi pilihan macam ni. nak tunggu graduation lambat lagi.

semasa buka oasis(student portal), ternampak bhgn 'order official documents'. bila buka link tu, belek2, rupanya boleh order 'letter of course completion'. surat tu menyatakan bila kita tamat pengajian dan tarikh uni council confer the award. berbayar. 16 dollar satu document. pos biasa free je. kalau courier berbayar. pos ke malaysia ni dlm 17 dollar. convert ke RM, dlm 100. tapi takpelah kan....

saya order 17hb. hari ni, 19hb, dh sampai. wooohoooo. pantas. sama mcm pos express dlm malaysia je. tp masa order tu, malas nak tukar alamat. surat tu sampai ke kelantan. huhuhu.... weekend ni akif ada hari sukan. ntah bila nak balik amik. atau perlu pos je?

Wednesday, June 18, 2014

ibu suka shopping

satu malam, masa nak tidurkan akif, lepas baca 3 qul, cakap kt akif; akif good boy, suka solat, suka gi school,...
pastu dia balas balik; ibu shopping, ibu solat, ibu gi school,...

haish. ibu takde sebutpun pasal shopping. tiba2 nak psych ibu suh gi shopping. selalu duk ajak ibu gi kedai. ibu dh lama tak bawa akif gi kedai. biasanya gi beli barang sebelum ambik dia kt tadika.

Sunday, June 1, 2014

oso

malam ni tiba2 akif cakap nak (tgk cerita) oso. penat ibu fikir. apa benda la pulak oso ni. tak pernah dengar pun sebelum ni. bila tanya frozen ke? (dlm frozen ada watak nama elsa) tp bukan. tanya oso colour apa, dia ckp yellow. tanya lagi oso ni animal ke org. dia jawab animal. tanya macam mana spell oso. dia ckp tp tak bunyi mcm oso pun. tak lama lepas tu dia distracted, main benda lain.

puas main kereta dan blocks, akif minta oso lagi. kali ni bila tanya macam mana spell oso, dia cakap O.S. O.  ibu tak brape percaya. pastu dia minta handset (charger mini ipad dia dh rosak, blum beli baru). dia dh pandai buka youtube dan taip sendiri. pastu tunjuk kat ibu, 'ni, oso'. laaa... rupanya memang ada kartun nama oso. special agent oso, beruang kaler kuning.