Saturday, September 28, 2013

submitted

plan asal konon nak hantar hari isnin. tp memang tak sempat sebab nak bold vectors. sebelum ni berbelah bagi nak bold ke tak vectors. sebabnyer supervisor saya tak de cakap pun. dlm papers dia pun dia tak bold. tapi dlm paper yg baru di review, reviewer tu suruh bold. jadi decide utk bold vectors dlm thesis.

ckp kt sv nak jumpa hari selasa.  seharian dok bold vectors tak siap2. kalau guna latex, sebenarnya ada jalan pintas. contoh: kalau guna word, kalau kita nak bold, kena highlight dan tekan butang bold atau tekan ctrl+ b. kalau guna latex, jalan lambat ialah highlight, then klik bold. (saya tak jumpa key shortcut.). jalan pintas, define awal2, \x=\textbf{x}. maka, bila kita tulis \x, x yg keluar adalah bold. awal2 rasa mcm sama je klik butang bold dengan define awal2. jadi, saya tak define. masuk chapter 2, bila run, tgk hasilnyer, agak pelik. rupanya bila di bold, symbol tu tak di italic. kena start dari awal. kali ni kena highlight dan klik italic. makanya latex file tu penuh dengan \textbf{\emph{}}. serabut dah. tapi masih malas nak define. sebab utama ialah kena define bagi setiap variable. mlm tu dok bold vectors sampai tersengguk2 depan laptop. akhirnya tak tahan ngantuk dan risau tertekan keybord time mengantuk, kacau coding. menangis air mata darah kalau tak jumpa error nnti.
bercerita pasal error. masa mula2 guna latex dulu, tak tahu kalau kita betulkan error pun kadang keluar error jugak. lepas betulkan error, run, kalau dia cakap ada error, kena tekan enter baru ok. kalau tekan enter masih ada error, maksudnyer ada error lagi la tu. ini pendapat amatur.

hari selasa, dari pukul 5 pagi lagi start. dah pukul 8pg, agak2 memang tak sempat. jadi email sv, postpon meeting ke rabu. dah masuk chapter 4 baru tergerak hati nak define awal2. makanya cepatla sket kerja. memang la kena define tiap variable yg nak di bold. tp senang keje. dan cepat. sampai buat dengan autopilot. hehe...

tapi berisiko jugak sebenarnya buat benda ni. sebab saya dh check thesis tu beberapa kali. lepas check, baru nak boldkan vectors. kalau ada silap? huhuhu... patut buat awal2. tp masa tu rasa benda ni kurang penting. betulkan mana yg penting dulu.

selasa malam, akhirnya siap jugak.

rabu, sampai kt curtin 20minit awal dari scheduled meeting with sv. sempatla nak isi borang dan print thesis. printer laju, cepat je. bila scan student card kt printer, low balance. masa ni la nak ada problem. tanya member mcm mana nak top up duit utk guna kt printer. sebelum ni guna fund fakulti (tiap research student ad fund). agaknyer dh abis la kot duit fund tu.  bgtau kt sv ada problem printing. sv plak ada meeting tghari tu. jadi dia suruh jumpa esok je.
gi library utk top up. seb baik library tak jauh.

akhirnya berjaya print. satu copy thesis tu cost dlm 13 dollars utk print. dlm 130pages je. masa tgh print, baru teringat printer ni print both sided by default. lupa nak set. hangus 13 dollar. top up 50 dolar je. jadi print semula. masa print tu, pilih 2 copies. malangnyer, printer ni gi print tiap page 2 copy. satu kerja nak asingkan benda tu. huhu...

sebelum balik rumah (tumpang umah kawan), sorang member baru sampai office. rupanya bukan fund saya dh habis. tp masalah sistem kot. semua org mcm tu. department lain pun. ingatkan sepanjang tiga tahun lebih pengajian ni, kos printing aje seibu dollar lebih ke. saya takde claim apa2 dari consumable fund  selain printing. baru ingat nak claim proof read hari tu. tp tak terclaim sebab lupa.

hari khamis, jumpa sv, sv betulkan sket 75-word abstract yg nak dimasukkan dlm graduation statement. email abstract ke thesis officer. on the way nak gi print, baru teringat tak bawa alamat tempat binding dan tempat nak hantar thesis. dlm curtin juga tp tak ingat building mana dan office apa. seb baik ingat kt website ada cakap tempat print tu sebelah tavern kt guild. so cari2 jumpa. call tanya sorang member yg nak submit hari tu juga, kt mana kena submit. phone saya dh tak bleh guna utk internet.

masa hantar bind, kena tunggu stengah jam sebelum gi amik balik. tp member saya kena tunggu sejam. masa nak bayar tu saya misunderstood. rupanya premanent bind 2 je. utk kita dan sv. library softcopy je. saya book 3 copy. bila member cakap pasal ni, dh malas nak gi betulkan balik. takpelah, extra copy.

since kena hantar softcopy, saya gi bli pendrive. rupanya dia copy je dari pendrive tu pas tu pulang balik kt kita. penat je beli baru. padahal dh ada. takpelah 5 dollar je dan comel. dapat kt akif mesti dia ingat toy sebab ada kereta.  berdebar macam nak masuk exam nak hantar thesis. yela exam jugak. lagi 3 bulan baru bleh tahu result. kalau examiners rajin, 8 minggu dh tahu result.

perasaan? lega. walaupun ada ada kemungkinan kena panggil viva tp jarang. harapnyer taklah. minor correction je. amiin....





Wednesday, September 25, 2013

kisah submit thesis

langkah-langkah hantar thesis di curtin.

1. supervisor kena isi borang nominate examiners beberapa bulan sebelum tarikh dijangka hantar thesis. bila dh approved, fakulti akan email bgtau examiners nak soft copy atau hard copy. kalau soft copy jimat le sket.
2. thesis yg biasa ni kita panggil typescript. kalau thesis by publication (  introduction chapters +compilation of published jurnals) atau creative writing , kena dapatkan approval dari co-author.
3. hantar title page ke thesis officer utk dia check format. hehe, saya ari tu silap nama university. dulu nama curtin ialah CURTIN UNIVERSITY OF TECHNOLOGY. sekarng CURTIN UNIVERSITY aje. tukar nama sebab ada byk bidang lain selain dari teknologi.
4. email abstract @ short summary of thesis yang tidak lebih dari 75 patah perkataa. benda ni akan di letak dlm graduation statement nnti.
5. isi borang copyright and release of the thesis for examination. borang ni kita dan sv kena sign.
6. bind kt guild. kena bayar utk bind temparory copy yg nak submit tu (8 dolar lebih je tiap copy) dan juga utk kulit keras nnti. yg kulit keras ni lebih 40 dollar kalau tak silap. kulit keras ni wajib 3 copy. kalau nak lebih bleh. tp takleh kurang. bilangan utk temparory bergantung pada brape examiner nak hardcopy. mcm saya 2 hardcopy dan softcopy.
7. submit thesis nnti kena submit skali copy of resit yg bayar utk bind.

Monday, September 23, 2013

last minutes

mata dah senak, kepala dah berpusing. dalam proses mem 'bold' vector. inilah keje last minutes. awal2 taknak bold.  masih di chapter 2. plan nak submit esok walaupun balik hari jumaat. kot ada apa2. kot tiba2 sv suh baiki itu ini. atau ada benda2 lain lagi.

kalau dh submit, blehla bersukaria sblum balik. hehehe...

Saturday, September 21, 2013

cacing

kt oz rasanya takde bagi ubat cacing. kalau ada pun kena gi bli sendiri kt pharmacy. mungkin pasir kt playground kt sana tak sama mcm pasir kt sini. pasir kt sini dengan mcm2 binatangnyer...

beberapa minggu lepas akif cirit birit hampir seminggu. tokma ckp mungkin cacing. jadi gi klinik. Doktor bg ubat cacing yg mcm vitamin tu. perisa oren. seperti biasa, akif akan hidu dulu. mungkin ada bau pelik sket, jadi dia taknak. jadi simpan balik ubat tu, tunggu dia nak air, hancurkan masuk dlm air.

bila dia ckp nak susu, saya tumbuk ubat tu bagi hancur, masuk dlm susu dia. tp masa tengah prepare benda tu, dia dh minum milo sepupu dia habis segelas. bila bagi susu, tak nak. jadi simpan dlm peti.  ubat cacing tu pulak tak larut dlm air. terapung. campur dengan milo sket nak cover serbuk2 ubat yg terapung tu.

esoknyer, bila dia minta susu, bagi susu yg dh campur ubat tu. masa bagi, guna straw dan cover dengan tangan takut dia nampak benda2 terapung dlm susu tu. risau juga kot rasa pelik sebab dh campur milo lagi. nasib baik dia minum tp ada la sisa ubat tu sket2. kira dia makan ubat cacing tu tak cukup dos. lepas dia makan ubat tu, benti cirit birit.

tp semalam start balik. tak tahula sebab apa.

Friday, September 13, 2013

kisah budak cerewet

akif bukan setakat makan je cerewet. benda lain pun sama. kalau selipar dia basah pun dia ckp yek (yikes) dan taknak pakai.
kalau kt umah tokma tu selalu pakai selipar dalam rumah. selipar biasanya kt dapur. saya jarang pakai. kadang dia beria bagi selipar kt saya suruh pakai. satu hari kt dapur, dia datang kt saya. pastu bising2 'yek! yek!'. rupanya kt lantai ada air. biasala lantai dekat sink basahla sket. nak tahu apa dia buat? kebetulan papa akif ada sebelah saya, satu kaki akif pijak atas kaki saya dan satu kaki lagi dia pijak atas kaki papa. gara2 geli lantai basah. sakit perut gelak.

Wednesday, September 11, 2013

pony

satu hari tiba-tiba akif cakap nak pony.
terkezut ibu. nape tiba-tiba nak pony ni. pony mainan ke nak pony betul ni...

selepas beberapa hari baru ibu faham. nak berney rupanya. nak tgk barney kt tv (download dari youtube).

Sunday, September 8, 2013

less than a month

thesis nak kena check lagi skali dan proof read.
dan masa ni lah baru nak edit utk paper conference.  format dlm word je. ok ow... satu keje nak kena edit. equation  yg tak tahan tu... leceh.

plan asal nak pindah sebahagian barang mcm tilam dan mesin basuh ke tganu khamis lepas sambil survey taska. tp adik ipar masuk wad nak bersalin. cancel plan ke tganu. sepupu akif dah bertambah dua orang.

darah istihadah tiba2 je kering beberapa minggu lepas 3 bulan tak stabil. tak tahula sebab asbab nyer. mungkin dah kurang stress phd. mungkin juga sebab amalkan makan madu.

dah kurang motivasi nak kurangkan berat badan. hampir tiap pagi sarapan dengan nasi berlauk. huhuhu... kena pulak musim durian. awal2 tu beli. lepas tu durian kt kebun tokbah dah start masak. beberapa hari lepas bawa balik dekat 100 biji. tp akif takdenyer nak makan durian. belum apa2 dh yek siap tutup mulut. takut org paksa makan.