Sunday, June 1, 2014

oso

malam ni tiba2 akif cakap nak (tgk cerita) oso. penat ibu fikir. apa benda la pulak oso ni. tak pernah dengar pun sebelum ni. bila tanya frozen ke? (dlm frozen ada watak nama elsa) tp bukan. tanya oso colour apa, dia ckp yellow. tanya lagi oso ni animal ke org. dia jawab animal. tanya macam mana spell oso. dia ckp tp tak bunyi mcm oso pun. tak lama lepas tu dia distracted, main benda lain.

puas main kereta dan blocks, akif minta oso lagi. kali ni bila tanya macam mana spell oso, dia cakap O.S. O.  ibu tak brape percaya. pastu dia minta handset (charger mini ipad dia dh rosak, blum beli baru). dia dh pandai buka youtube dan taip sendiri. pastu tunjuk kat ibu, 'ni, oso'. laaa... rupanya memang ada kartun nama oso. special agent oso, beruang kaler kuning.


Wednesday, May 28, 2014

bila tak reti pantang

sekarang ni baru terasa keperluan tulis jurnal pregnancy. dh 4 tahun since first pregnancy. bila ada apa2, kadang tu lupa, dulu macam ni ke tak.

sejak semalam, bleh rasa pergerakan baby makin kuat. mungkin sebab makin besar. kali ni siap bleh rasa. cuma tak pasti siku, lutut atau heel. cuba juga rasa kedudukan baby tp tak reti. setengah org walaupun bukan midwife/nurse tp bleh agak mana kepala.

sejak beberapa minggu lalu, masalah angin menyucuk kt rusuk kiri. bila urut2, hilang jap. bila time teruk, belah kanan pun ada.

batuk masih belum hilang. dh nak masuk dua minggu. semalam minum air terlebih sejuk sket. tak lama lepas tu, bila baring, ada bunyi wheezing. seb baik tak teruk. pagi tadi tak de. tapi dada tak selesa, asyik nak batuk je. itula, tak reti pantang.

Thursday, May 22, 2014

BAD STICKER

kat skolah akif, kalau budak2 degil taknak dengar cakap cikgu, nnti cikgu bagi bad sticker.
kat umah, kalau ibu marah akif, akif cakap ibu dapat bad sticker. adeh.

Tuesday, May 20, 2014

bila boleh guna title 'doctor'

Dah berkurun tak check email curtin. Bila k umi cakap ada surat, baru check. rupanya minggu lepas lagi dapat email. pengajian dah lulus. lepas dapat result correction sampailah hantar untuk hard bound (kat sana guna istilah permanent copy), takde cakap lulus ke apa lagi.
tp universiti belum confer the doctoral award.


hehe... tapi tak kisahla org nak panggil kita dr. kata2 tu kan doa. cepat sikit selesai. nak apply untuk jawatan tetap ni. sekarang masih status sementara. service belum dikira. tiba2 risau bila nak pencen nnti tak cukup tahun service.

Monday, May 19, 2014

neb

hujung minggu lepas, semasa beli barang rumah kt giant, ada beli susu dutch lady kotak besar 1 litter sebanyak 3 kotak. kebetulan tgh promosi. kotak yang dh buka saya letak dalam peti ais, yg belum buka letak luar je. saya beli 2 perisa coklat dan 1 perisa strawberi. ibu suka coklat, akif suka strawberi. saya buka coklat dulu. beberapa jam lepas balik umah, tengok2 akif dh buka sendiri perisa strawberi tapi dia tak letak dalam peti. jadi saya letak perisa strawberi tu dalam peti. malam tadi yg dh buka habis jadi ambil lagi satu kotak yg blum buka. rupa2nya dh ada org buka. dh masam dah. saya positif sebelum ni memang sealed sebab saya dh check. geram je... tp akif dh tido dan dh malam pun. sabor je la....

sekarang musim selsema dan batuk. start hari jumaat hari tu kena selsema. hari sabtu dh start geli2 tekak nak batuk. siap batuk dan termuntah masa solat lagi. malam tadi tiba2 rasa susah nak bernafas dan ada bunyi. lelah ke? sebelum ni akif yang kena. kali ni ibu pulak. tak pernah2 lelah. nak gi klinik dh pukul 11mlm. pasang vaporizer, sedut wap rasa lega sket tp lepas tu tetap susah nak bernafas. bila baring je, makin teruk. tidur sambil duduk.  terjaga pukul 3 pagi. lepas subuh baru tido balik. lepas hantar akif ke tadika, gi klinik. doktor cakap sebab pregnant tak bleh bagi ubat minum, guna nebulizer je bleh. saya pun tak pasti apa beza dgn ubat minum. akif biasanya doktor bagi ubat minum. selepas habis sedut ubat tu, legalah sket. masih tak selesa dalam dada. tp bunyi dh takde. doktor cakap lelah dh takde, tinggal kahak je.

ada hikmah juga kena lelah ni. sebelum ni tengok akif je. sekarang baru tahu apa rasa dia. kenapa akif suka tidur atas dukung bila lelah.

dua tiga menjak ni memang suka minum air batu. ha, sekarang kena pantang. bila dh kena ni, ada kemungkinan kena lagi. jadi kena jaga-jaga. lepas bersalin nnti pun, mungkin hilang mungkin akan datang balik.

masih belum dapat surat senat. menunggu meeting peringkat faculty graduate studies. ntah bila la tu...

Tuesday, April 15, 2014

what happens next?

hujung bulan 3 dh submit thesis online. hard copy k umi (jasamu dikenang k umi!!) dh tolong submit kan. seminggu lepas submit online baru teringat nak maklum kt sv. sv reply cakap dh fw kepada chairman. (chairman kepada thesis committee). dh 2 minggu, senyap je. hari ni email kepada thesis officer, apa procedure seterusnya. ini antara reply dia :

"All we are waiting on is receipt of the Faculty approved form from the Chair of your Thesis Committee, recommending that you be approved to graduate. "

sekarang nak karang ayat nak email ke sv nak tanya chairman tak submit lagi ke borang tu? tanpa bunyi memaksa.

nape nak cepat2? huhu... polisi org atasan sentiasa berubah2, takut nnti polisi berubah2 lagi.

Thursday, April 10, 2014

week 18

akif bakal dapat adik lelaki (ibu baru je berangan nak beli dress yg cantik2, tp tetap happy ^^). insya-Allah bulan 9 ni. pregnant kali ni penat sket sebab nak kena take care sorang budak lasak 4 tahun. ibu selalu je kena bulldoze (macam kena gelek dgn bulldozer) dgn akif. dah biasa tidur dan duduk atas perut ibu, tiba2 tak boleh. antara favorite dia, berdiri atas belakang ibu, pastu lompat ke bawah.
isnin lepas, dapat call dari sekolah akif. akif kena penyakit tangan dan mulut. jadi kena quarantine. ibu terpaksa amik cuti.

pergerakan bayi dh bleh rasa. minggu lepas agak was2 sama ada angin atau baby. tapi minggu ni agak confident. tapi pergerakan masih blum begitu kuat. yela, baby pun tak besar mana lagi....

masa scan last week (gi jumpa dr sebab akif tertendang perut ibu (kan dah cakap budak akif ni kasar sket), lepas tu rasa sakit bahagian bawah), kedudukan uri kt bawah. kena tunggu bulan 6 nnti mcam mana, dh naik ke belum. kalau tak, mungkin kena ceaser lagi. menurut doktor, rasa sakit bhgn bawah tu normal kalau kencing takde infection.

nak share satu kisah menarik. pada tahun 2008, organizer umt saya hilang kat library. masa tu ada program. tertinggal kt sana. bila gi cari, tak jumpa. balik dari cuti belajar, ada sampul surat besar dlm pigeon hole. rupanya organizer tu. tak sangka bleh jumpa balik. pen yg saya klip kt organizer tu pun bleh guna lagi. tak sangka.