Wednesday, August 29, 2012

entri bergambar



sekarang dah banyak kedai yang sediakan mesin bayar sendiri. awal2 dulu agak lambat guna mesin ni sebab tak biasa. bila dah biasa tu cepat je. kedai kt sini pun dh lanjutkan opening hour (pasaraya besar mcm coles, iga,... ). kalau dulu tutup 5.30ptg. sekarang sampai 9mlm dan kalau iga 11mlm. jadi nak keluar beli barang mlm2 blehla. kedai kecik tetap tutup awal. start buka masih 8am. kalau kt malaysiakan kul 10pg baru buka. tak tahula kot sekarang dh buka awal. 


posing tunjuk kaki.


prince akif. hehe...


happy birthday kakak fatonah. masih teringat kek yg sedap tu...

return policy

nak pulang barang yang dh beli kt sini senang.
pernah beli bantal dan quilt pastu tengok2 ada yg lagi murah jadi pulang balik yg dh beli tu. of course la belum buka lagi plastik.
pernah juga beli steam mop tp lampu indicator level air tak nyala. jadi gi pulang balik.
hari tu kan beli handblender. masa tgh2 blend bahan2 untuk marinade satay utk raya, tiba2 senyap. agaknyer motor rosak. esoknyer gi kedai tempat beli benda tu. bila hntr balik barang, dia bagi balik duit kt kita. bleh beli benda sama, bleh amik barang lain atau bleh amik balik duit. masa tu amik blender sama. tp macam nyesal plak amik benda sama. handblender ni nak kena pegang. kalau blender biasa tekan suis je tak perlu pegang. cuma yg bestnyer bleh blend terus dlm periuk.
hujung minggu lepas mesin rumput plak rosak. masih dlm waranty tp tak jumpa cari resit. kononnyer beli mesin rumput tu blehla bawa balik malaysia (mesin rumput tolak yg 4 roda tu). ntah mana la letak resit tu...

lagi best, sorang kenalan ni beli iphone. pastu rosak sebab kecuaian sendiri. bila gi kedai, dia bagi handphone baru terus. oh, sangat bagus.

Tuesday, August 28, 2012

2nd extension?

sebelum ni rasa mcm sempat je habis 3 tahun setengah. sekarang ni dengan keadaan terkini, risau takut tak sempat. kalau tinggal writing aje, bleh la buat kt malaysia. ramai je yg balik buat writing kt malaysia. tp kalau kerja pun tak abes lagi, nak tak nak kena stay sini jugak. kalau jenis boleh buat kerja sendiri tanpa banyak supervision dari sv bolehla buat dari malaysia. tp kalau buat mcm tu lagi lambat la abes. second extension kpt bayar yuran aje. elaun dh takde. makanya kena guna duit sendiri. jadi papa dgn akif balik dulu, tinggal ibu kt sini.

harapnyer tak perlulah second extension. beberapa hari lepas masa tgh tgk cerita korea, papa akif tegur kalau buat phd concentrate mcm ni mesti cepat siap. hehe kalau fokus mcm tu buat phd dari pagi sampai petang jawabnyer sket lagi ibu tak kenal papa dan akif. phd ni bukan macam pecut 200meter. jauh perjalanannyer ni. ada masa kena pecut ada masa tak.

tahun lepas saya ada participate dlm survey sorang student phd ni pasal ibu yg belajar. semalam dpt email pasal findings sebab saya dh bgtau nak tahu findings. daripada hasil survey tu, ada tiga kategori pengalaman ibu yg belajar.
1. belajar ni satu perjuangan, menambah tekanan hidup, buat rasa bersalah terhadap keluarga sebab tak dapat luangkan masa bersama.

2. belajar memberi manfaat kepada individu. belajar ni adalah untuk diri saya, memberi kepuasan kepada saya. masa, sokongan dan anak yg dah besar memainkan peranan dlm kategori ni.

3. belajar ni memberi kebaikan kepada anak. bila ibu kembali ke sekolah (belajar), boleh tunjuk pada anak-anak untuk mengejar cita2 masing2. bagi ibu dlm kategori ni,  mereka rasa belajar bukan setakat untuk diri sendiri.

macam tu lah lebih kurang. me? of course la kategori #1. rasa guilty sebab papa akif terpaksa hold his career. guilty sebab akif tak ramai kawan kt sini. bila ada gathering je akif bleh jumpa kawan. sekarang ni dengan kemungkinan terpaksa stay sini untuk second extension. ah stress!

Monday, August 27, 2012

perkataan paling best

akif kan ada perkataan yg paling selalu disebut.
'ok ow' 'oopsy' 'oh no'
dah terbaru, paling best setakat ni. 'ok aloh'. nak tergelak tiap kali dia sebut.

budak akif ni kan tengah ganas. ibu selalu aje kena. bila terkena, ibu cakap kt dia 'sakit' pastu suh dia tiup. sekali tu tak ingat apa dia buat, baling toys kot terkena kepala. saya menjeritla sakit. pastu dia tiup sampai bersembur air liur abes muka ibu.  pernah sekali tangan dia sakit, dia sebut 'sikit'. agaknyer confuse sakit dengan sikit.

kadang dia sebut 'ibu' bunyi betul tp kadang tu 'ebu' (e tu mcm sebut ekor).

semalam pegi beraya. kemain dia galak bila jumpa kawan. balik tu ingat nak singgah park. bila dh sampai, dia baru tertidor, seharian tak tidur. makanya cancel singgah park.

dua tiga hari ni dia suka tengok gambar baby (dia masa kecik). adalah dua keping gambar yg letak dlm frame. dia suka la pegang sambil sebut baby baby. sudahnyer gambar tu dh keronyok.

takde jalan mudah

hari tu kan berat dh turun bawah 50kg.
agaknyer happy sebab dh bawah 50kg, maka makan dengan bestnyer. time raya lagilah.
bila timbang, dh 51-52. adeh. memang takde jalan pintas. maka exercisela jugak. buat sit up je. 10 kali. esoknya, sakit macam apa perut (overused mucles). gosh, nampak gayanya sangat unfit sebab buat sit up 10 kali pun sakit macam apa dah. tp semalam buat jugak. agak hairan sebab rasa sakit lebih dari biasa. terfikir entah2 sebab parut ceaser. bila google, lepas ceaser patutnya after 3 months dh bleh buat sit up. agaknyer parut tu yg buat lagi sakit. just my speculation.

Thursday, August 23, 2012

posing

- beberapa hari sebelum raya, akif terpijak toys dia. ntah macam mana sampai boleh berdarah.
jadi saya snap gambar kaki luka tu. the next time bila nak amik gambar dia, dia angkat kaki. padahal ibu nak snap muka dia. ^^

- masa kt luar rumah, saya nak amik gambar akif. supaya camera sama paras dengan ketinggian dia, saya duduk. bila dia nampak saya duduk, dia pun duduk jugak. bila dia duduk, saya baring sket. tp diapun turut baring jugak. akhirnya snap gambar akif hampir terbaring. hahaha...



Tuesday, August 21, 2012

aidilfitri 2012

 raya pertama

raya kedua.
 org lain dh masuk ofis tp saya masih nak beraya lagi...