Thursday, October 24, 2013

taska

akif dh tiga minggu gi taska. minggu kedua gi kejap je sebab papa ada kt umah pastu cuti raya haji. hari ahad minggu ketiga pun tak gi sebab tokma ada kt sini. hari isnin, dia ckp tak nak gi school. tp bila nampak kawan2 dia, terus masuk tak ingat ibu dah. tp hari selasa, nangis masa nak tinggal tu. tanya cikgu dia. rupanya hari sebelum tu dia nampak spider. pastu ada cari ibu. hari rabu pun nangis jugak. tanya cikgu dia, akif ada gaduh dgn budak2 lain ke. cikgu kadang ada org usik dia. tp akfif ni garang sket, terus dia pukul budak tu. huhuhu.... nak kena cari jalan tak nak bagi dia pukul org.

tak sedap hati la bila dia nangis tiap kali nak gi taska. tp masa hantar pagi ni, dia ok. tak nangis. alhamdulillah. lega sket.

minggu depan akif tak gi taska plak. ibu nak gi seminar.

dalam didik anak, saya cuba untuk buat dua perkara ni:
1. jangan pukul anak. kalau pukul dia bila dia buat silap sama macam ajar dia pukul orang bila tak puas hati. dalam islam pun pukul anak bila 10 tahun tak solat. itu pasal solat, benda yang paling penting.
2. jangan tengking. kalau marah2, kita sendiri yg stress.

tp, kadang2 tu 'ter' jugak. tp tak bleh give up.

I noticed that, bila gi shopping dgn akif je kurang stress sket berbanding dgn papa ada skali. kalau papa ada, bleh dia main sembunyi2. mungkin sebab kalau berdua aje, saya cepat2 cari barang dan terus bayar, takut dia buat perangai.

Monday, October 14, 2013

book

hari ni akif tak gi taska. papa cuti jadi dok umah ngan papa. tp akif bersemangat bawa beg dia masuk kereta time nak gi hantar ibu gi keje.

pagi tadi masa tengah iron baju, akif spell huruf kt 'exercise book'. lepas spell perkataan 'book', dia sebut book. wah... tak sangka akif tahu perkataan book. mana dia belajar pun tak tahu. tv? ipad?phone? sekarang tengah berusaha mengurangkan benda2 tu. kalau kejap2 blehla.

seminggu kt tganu ni, aiskrim pun ibu dh tak bagi makan. kalau kt umah tok, hari2 asikrim. kadang tu sehari dua kali. umah sebelah kedai. selalu la dia ingat aiskrim. sepanjang kt sini, dia cuma makan aiskrim satu scoop (order air batu campur. ada asikrim). ni balik raya ni tak tahula...

Thursday, October 10, 2013

A dan E

masa amik ielts dulu, bila test listening tu slang australia, dia sebut  huruf A macam bunyi 'E'.

bila saya kt sana, rupanya derang pun susah nak beza bunyi 'A' kita. (dalam kes saya la. org lain tak tahu). bila saya spell nama, org sana tersalah eja. 'A' jadi 'E'.

masa balik malaysia hujung lepas, dalam flight. dh sampai klia. tunggu pintu pesawat buka, ada announcement pasal luggage bleh amik kt  isle  'A'. sorang oz kt sebelah saya tanya member dia (oz jugak) 'A' ke 'E'. me not being friendly masa tu; subuh , dengan baru bangun tido apa semua, senyap je malas nak bgtau. lagipun nnti ada tulis kt screen kt tempat amik luggage.

lagi cerita pasal luggage. kalau lebih kurang sekilo dua terlebih check in luggage, pakai baju byk lapis. masa balik bulan 7 dulu, 3 lapis baju. masa tu winter tak kisahla byk lapis.

cerita pasal luggage lagi. hampir 4 tahun lalu, masa nak gi perth first time, saya naik dari kb. bila tanya bleh tak check in terus utk flight kl-perth, staff tu ckp tak bleh sebab lebih dari 6 jam transit. masa balik for good ari tu, lebih jugak. tp bleh je check in terus utk kl-kb. tak tahula.... mungkin polisi sudah berubah.

akif start taska

semasa survey taska, ada je yg tak puas hati. tp bila fikir balik, memang susah nak cari orang yang jaga anak kita macam kita jaga atau lebih baik. jadi saya pilih yang saya rasa terbaik.

taska akif ni hanya budak umur 2-4 tahun. umur 2 tahun ada dua orang. jadi rasa ok la dia bergaul dgn budak baya dia. ada satu taska yg saya gi suvey, budak2 kecik baring tengah menyusu dan akif berlari2. risau kot terpijak budak tu.
rumah yang menempatkan budak2 tu pun luas. 16 orang sebuah rumah (ada tiga bilik). masa gi survey taska, ada yg menempatkan 20 lebih dengan ruang yg lagi kecik. overall kira ok la....

cuma jauh skit. gi hantar akif, patah balik umt amik masa 30 minit.

first day, seperti biasa, bila nampak budak baya dia, dia seronokla main. bila ibu nak balik, dia nak ikut. tp bila cikgu dia keluarkan blocks, terus ok. tengah hari saya gi jenguk. ok je. tp bila saya nak gi, dia nak ikut. jadi cikgu dia keluarkan mainan, terus tak ingat ibu. dia tak tido siang kt taska maka mlm tu tido awal. pukul 8 kira awal la. tapi budak memang kena tido awal utk perkembangan.

hari kedua, tak de dah nak ikut ibu. lagipun kt dalam taska ada slides. hari kedua tak gi jenguk.
hari ketiga gi jenguk. masa tu dia baru nak makan nasi. nampak ibu bawa roti, terus taknak makan nasi. nak makan roti. lagipun nasi tu bukan kuah kicap.

kalau orang lain moyok je pepagi bila nak kena hantar kt taska. tidak akif. mungkin jgua sebab dia dh besar.

semalam taknak bagi dia pakai nappy, nak toilet train. tp dia marah, suh pakaikan nappy. pagi tadi dia ada cakap nak berak. bila ajak gi toilet taknak. lagipun dia takut toilet cangkung. dia cakap busuk. macam mana nak buat dengan toilet ni ye?

lately,
- akif suka baca buku. suruh ibu bacakan dan kadang2 dia baca sendiri. saya perasan dia cam perkataan 'stop'.
-tak bleh kena panas mathari. kalau kena panas sket bising 'ni panas ni...'. putera lilin.

Saturday, September 28, 2013

submitted

plan asal konon nak hantar hari isnin. tp memang tak sempat sebab nak bold vectors. sebelum ni berbelah bagi nak bold ke tak vectors. sebabnyer supervisor saya tak de cakap pun. dlm papers dia pun dia tak bold. tapi dlm paper yg baru di review, reviewer tu suruh bold. jadi decide utk bold vectors dlm thesis.

ckp kt sv nak jumpa hari selasa.  seharian dok bold vectors tak siap2. kalau guna latex, sebenarnya ada jalan pintas. contoh: kalau guna word, kalau kita nak bold, kena highlight dan tekan butang bold atau tekan ctrl+ b. kalau guna latex, jalan lambat ialah highlight, then klik bold. (saya tak jumpa key shortcut.). jalan pintas, define awal2, \x=\textbf{x}. maka, bila kita tulis \x, x yg keluar adalah bold. awal2 rasa mcm sama je klik butang bold dengan define awal2. jadi, saya tak define. masuk chapter 2, bila run, tgk hasilnyer, agak pelik. rupanya bila di bold, symbol tu tak di italic. kena start dari awal. kali ni kena highlight dan klik italic. makanya latex file tu penuh dengan \textbf{\emph{}}. serabut dah. tapi masih malas nak define. sebab utama ialah kena define bagi setiap variable. mlm tu dok bold vectors sampai tersengguk2 depan laptop. akhirnya tak tahan ngantuk dan risau tertekan keybord time mengantuk, kacau coding. menangis air mata darah kalau tak jumpa error nnti.
bercerita pasal error. masa mula2 guna latex dulu, tak tahu kalau kita betulkan error pun kadang keluar error jugak. lepas betulkan error, run, kalau dia cakap ada error, kena tekan enter baru ok. kalau tekan enter masih ada error, maksudnyer ada error lagi la tu. ini pendapat amatur.

hari selasa, dari pukul 5 pagi lagi start. dah pukul 8pg, agak2 memang tak sempat. jadi email sv, postpon meeting ke rabu. dah masuk chapter 4 baru tergerak hati nak define awal2. makanya cepatla sket kerja. memang la kena define tiap variable yg nak di bold. tp senang keje. dan cepat. sampai buat dengan autopilot. hehe...

tapi berisiko jugak sebenarnya buat benda ni. sebab saya dh check thesis tu beberapa kali. lepas check, baru nak boldkan vectors. kalau ada silap? huhuhu... patut buat awal2. tp masa tu rasa benda ni kurang penting. betulkan mana yg penting dulu.

selasa malam, akhirnya siap jugak.

rabu, sampai kt curtin 20minit awal dari scheduled meeting with sv. sempatla nak isi borang dan print thesis. printer laju, cepat je. bila scan student card kt printer, low balance. masa ni la nak ada problem. tanya member mcm mana nak top up duit utk guna kt printer. sebelum ni guna fund fakulti (tiap research student ad fund). agaknyer dh abis la kot duit fund tu.  bgtau kt sv ada problem printing. sv plak ada meeting tghari tu. jadi dia suruh jumpa esok je.
gi library utk top up. seb baik library tak jauh.

akhirnya berjaya print. satu copy thesis tu cost dlm 13 dollars utk print. dlm 130pages je. masa tgh print, baru teringat printer ni print both sided by default. lupa nak set. hangus 13 dollar. top up 50 dolar je. jadi print semula. masa print tu, pilih 2 copies. malangnyer, printer ni gi print tiap page 2 copy. satu kerja nak asingkan benda tu. huhu...

sebelum balik rumah (tumpang umah kawan), sorang member baru sampai office. rupanya bukan fund saya dh habis. tp masalah sistem kot. semua org mcm tu. department lain pun. ingatkan sepanjang tiga tahun lebih pengajian ni, kos printing aje seibu dollar lebih ke. saya takde claim apa2 dari consumable fund  selain printing. baru ingat nak claim proof read hari tu. tp tak terclaim sebab lupa.

hari khamis, jumpa sv, sv betulkan sket 75-word abstract yg nak dimasukkan dlm graduation statement. email abstract ke thesis officer. on the way nak gi print, baru teringat tak bawa alamat tempat binding dan tempat nak hantar thesis. dlm curtin juga tp tak ingat building mana dan office apa. seb baik ingat kt website ada cakap tempat print tu sebelah tavern kt guild. so cari2 jumpa. call tanya sorang member yg nak submit hari tu juga, kt mana kena submit. phone saya dh tak bleh guna utk internet.

masa hantar bind, kena tunggu stengah jam sebelum gi amik balik. tp member saya kena tunggu sejam. masa nak bayar tu saya misunderstood. rupanya premanent bind 2 je. utk kita dan sv. library softcopy je. saya book 3 copy. bila member cakap pasal ni, dh malas nak gi betulkan balik. takpelah, extra copy.

since kena hantar softcopy, saya gi bli pendrive. rupanya dia copy je dari pendrive tu pas tu pulang balik kt kita. penat je beli baru. padahal dh ada. takpelah 5 dollar je dan comel. dapat kt akif mesti dia ingat toy sebab ada kereta.  berdebar macam nak masuk exam nak hantar thesis. yela exam jugak. lagi 3 bulan baru bleh tahu result. kalau examiners rajin, 8 minggu dh tahu result.

perasaan? lega. walaupun ada ada kemungkinan kena panggil viva tp jarang. harapnyer taklah. minor correction je. amiin....





Wednesday, September 25, 2013

kisah submit thesis

langkah-langkah hantar thesis di curtin.

1. supervisor kena isi borang nominate examiners beberapa bulan sebelum tarikh dijangka hantar thesis. bila dh approved, fakulti akan email bgtau examiners nak soft copy atau hard copy. kalau soft copy jimat le sket.
2. thesis yg biasa ni kita panggil typescript. kalau thesis by publication (  introduction chapters +compilation of published jurnals) atau creative writing , kena dapatkan approval dari co-author.
3. hantar title page ke thesis officer utk dia check format. hehe, saya ari tu silap nama university. dulu nama curtin ialah CURTIN UNIVERSITY OF TECHNOLOGY. sekarng CURTIN UNIVERSITY aje. tukar nama sebab ada byk bidang lain selain dari teknologi.
4. email abstract @ short summary of thesis yang tidak lebih dari 75 patah perkataa. benda ni akan di letak dlm graduation statement nnti.
5. isi borang copyright and release of the thesis for examination. borang ni kita dan sv kena sign.
6. bind kt guild. kena bayar utk bind temparory copy yg nak submit tu (8 dolar lebih je tiap copy) dan juga utk kulit keras nnti. yg kulit keras ni lebih 40 dollar kalau tak silap. kulit keras ni wajib 3 copy. kalau nak lebih bleh. tp takleh kurang. bilangan utk temparory bergantung pada brape examiner nak hardcopy. mcm saya 2 hardcopy dan softcopy.
7. submit thesis nnti kena submit skali copy of resit yg bayar utk bind.

Monday, September 23, 2013

last minutes

mata dah senak, kepala dah berpusing. dalam proses mem 'bold' vector. inilah keje last minutes. awal2 taknak bold.  masih di chapter 2. plan nak submit esok walaupun balik hari jumaat. kot ada apa2. kot tiba2 sv suh baiki itu ini. atau ada benda2 lain lagi.

kalau dh submit, blehla bersukaria sblum balik. hehehe...